Sabah Negeri Di Bawah Bayu......
Sabah satu tempat yang sangat indah untuk dilawati....Aku ni selalu ke Sabah tapi hanya berpeluang ke Kota Kinabalu je..itu pun atas urusan kerja.Jadi tak boleh nak enjoy sangat bercuti....Tapi kali ini nak share Allah bagi aku peluang dan masa untuk ke Sabah...suatu yang di nanti-nantikan....Bagi siapa yang tak pernah ke Sabah boleh la cari masa dan peluang ke sana.Tak rugi bercuti ke Sabah...Tempat yang indah......Kali ini tanpa perancangan yang banyak....book tiket flight terus buat permohonan cuti....hehehehe kali ni bercuti dgn en.suami dan kawan-kawan...xtau pulak cuti kali ni sebab nak attend kawan kahwin kat Kunak menjadi cuti-cuti dalam Malaysia bila berpeluang menjelajah Sabah bermula dari Kota Kinabalu sehingga ke Tawau....Alhamdulillah tak terkira...
sekitar Disember 2013....2 tahun yang lepas....
dari Kuching ke Kota Kinabalu menaiki penerbangan AirAsia...alhamdulillah sampai ke bumi Sabah sekitar jam 10 malam....kawan di Sabah bawak ke apartment sementara untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya esok hari....
Tempat perhentian pertama....
nampak indah permandangan sekitar Masjid di Likas Kota Kinabalu Sabah...
Sebelum meneruskan perjalanan ke daerah lain di Sabah....berhenti di sini untuk menunaikan perkara wajib dahulu......tenang dan sungguh indah di persekitaran Masjid Bandaraya Kota Kinabalu terletak di Likas.....
Seterusnya perjalanan di teruskan untuk ke Ranau Sabah.Sebab kami akan bermalam di Ranau....Sepanjang perjalanan cukup indah persekitaran.....terutama di sekitar Kundasang...Jalan berbukit dan berkabus dengan suhu yang sangat sejuk walaupun pada masa itu jam menunjukkan 2 petang....
sepanjang perjalanan ke Kundasang Sabah.....sekitar jam 2 petang...nice view..
yang ni dah nak smpai betul2 kat kaki gunung Kinabalu...sejuk sangat.......
sebelum sampai ke Kundasang singgah sebentar di Pekan Nabalu...
pemandangan sekitar Pekan Nabalu....
Perkampungan di sekitar Pekan Nabalu...
wah!!!Model sign board Pekan Nabalu....en.suami...hahahaha
dari Pekan Nabalu kami ke Kundasang.....
sejuk......hahahahaha
yang ni acah-acah sejuk je...xmenjadi dh kena ambik gmbar....
welcome to Kinabalu Park......tersangat sejuk di kaki Gunung ini....masa ni singgah-singgahje dulu..sebab dah lewat sangat ....nak ke Ranau takut malam pulak sampai....untuk di Kundasang,esok kami akan menjelajah ke sini......
yang ni rasa kat "oversea"....hahahaha
model lagi...hehehehe
terlebih happy pulak...tahan sejuk tu....hehehehe
lepas acah2 kat "oversea" di Kundasang...kami teruskan perjalanan ke Ranau.....
nampak sign board Daerah Ranau....cuaca pun masih sejuk dan gelap....
Sampai je Ranau terus ke tempat menginap di Damai Eco Ranch Ranau..bagi sesiapa yang suka suasana desa dan damai boleh lah ke sini....tenang je suasana kat sini.Damai Ecoranch Ranau ni sesuai untuk buat camping atau aktiviti budak-budak sekolah..
ok ni la tempat kami bermalam....sangat damai...
keesokan harinya,pagi-pagi lagi dah keluar nak g mandi air panas...sejuk sangat....mandi air panas kat hotspring Ranau.....
Ranau Hotspring......
jelajah sekitar kawasan ni sampai ke hutan....
sign board kt kawasan Ranau Hotspring....
kawasan pertama kebun kupu-kupu...tapi tak la jauh sangat....jalan sikit terus jumpa...banyak betul kupu-kupu.....
haaa....part jambatan atas pokok tu yang buat tangan ,kaki,lutut semua bergegar...hahahaha
Canopy walkway..
pose kt signboard dulu....sebelum naknaik canopywalk
takut tu....hahahahaha lutut pun rasa nak tercabut....
senang hati dah sampai ke penghujung....hehehehe
nak teruskan perjalanan ke air terjun pulak....
air dari gunung...wlpn xtinggi tapi air yang sangat sejuk....bersih....air terjun pertama...masih banyak lagi air terjun yang kami belum jelajah...air terjun yang ketujuh tu paling cantik diorg bgtau...tapi masa xmengizinkan untuk kami berjalan jauh.....
seterusnya.......tujuan utama nak mandi kat hot spring ni..tapi tak bawak bekalan mandi kaki je la akhirnya........tapi kolam ni dia ada pembahagian suhu air panas...yg kami duduk ni tempat khas untuk yang ingin merendam kaki je.bagi yang nak mandi ada kolam disediakan.....
pose en.suami mcam tak ikhlas je...heheheheh
Next station......Kundasang!!!!Tempat yang dikatakan New Zealand Sabah...kawan saya bagi nama tu.....hehehehehehe
KUNDASANG......
sejuk mata memandang...indanhnya ciptaan Tuhan......
Nak cerita sikit berkenaan Pekan Kundasang ni....Pengalaman alu sndri kat Kundasang...
Pekan yang kecil tetapi keindahan alam sekitar yang memukau.Pemandangan yang cantik...udara yang segar...Cuaca yang sejuk...
Kat Kundasang ni boleh jumpa sayur-sayur fresh tau termasuk strawberry ...tapi rugi hari tu xmasuk pulak kebun strawberry kt sini....Jalan-jalan kat pasar Kundasang ni boleh jumpa bunga rose fresh,sayur-sayuran seperti kobis dan tomato..memang nampak segar...murah lagi tu....
Nak bawak g tempat yang sering dikunjungi sekiranya ke Kundasang.....
DESA DAIRY FARM!!!
haaaa......ni la tempat tu..boleh dapat susu segar lagi tu....dekat sini view sangat menarik...sejuk walaupun masa ni tengahari dan nampak matahari..meh kita belanja gambar di Desa Dairy Farm ni....
hehehe gambo dgn en.suami pulak....kacau tol la yang atas batu tu...baru je feeling nak berada kat "oversea"hahahahahaha
"ku berdiri atas batu" cinta hati....
ni la teman setia sepanjang berada di Sabah....macam family day pulak...tapi best,rindu kawan-kawan yang sporting ni.....
share sikit view di Desa Dairy Farm,Kundasang....
Rasa tak nak balik je.....seronok kat sini....jom ke tempat lain pula....tapi masih di Kundasang tau.....
Next destination....Kundasang war memorial...salah satu tempat peninggalan sejarah di Kundasang semasa perang dunia ke2....
Next destination.....Gunung Kinabalu....acah-acah nak g mendaki...tapi saje nak cuci mata tengok orang g mendaki....hanya mampu pose kt selamat mendaki start point untuk para pendaki je....xlarat nak naik sampai ke atas....next time insyaallah akan sampai ke puncak....
berada pada start point untuk pendaki....memang tersangat sejuk di sini.....
dari Kundasang ke Beluran....bermalam di Beluran,makan yang sedap pergi ke pasar Beluran beli ikan fresh dari laut...keluarga inilah yang banyak berjasa buat kami sepanjang di Sabah...Terima kasih Ain dan seluruh ahli keluarga....keluarga yang sporting...dalam gambar cuma ada Ain dan mak ny yang comel...Yang lain semua dah g kerja.....terima kasih kerana layanan yang terbaik sepanjang di Beluran...
Next destination jalan-jalan g Bandar Sandakan
Tak sabar rasanya nak ke Sandakan.....jom jelajah Sandakan....
kat bandar Sandakan...xtau pulak nama tempat ni...tapi tepi laut...cantik je kat laut...rasanya macam waterfront Sandakan je tempat ni....
habis pusing-pusing Bandar Sandakan next destination to Tawau......sebelum sampai Tawau sepanjang perjalanan di penuhi dengan ladang sawit je..jadi tiada benda yang menarik sangat.Sampai la ke Lahad Datu baru jumpa pekan kecil...saja je nak singgah kat Lahad Datu.Sebab masa tu masih hangat lagi dengan kes Lahad Datu dan Felda Sahabat di ceroboh...jalan-jalan kat Pekan Lahad Datu memang rasa sedikit tergugat dengan kejadian yang berlaku.tapi kami teruskan sahaja sebab sendiri nak lihat tempat yang berlaku.Tapi sahabat bagitau Felda Sahabat ke pekan Lahad Datu ambil masa 1 jam ,jadi tak sempat la nak tengok keadaan selepas kejadian pencerobohan tersebut.Kami teruskan perjalanan disebabkan dah petang kan..takut akhir sangat sampai Tawau....Jam 9 malam kami sampai Tawau terus cari hotel dan terus g cari tempat makan.tak sempat na p merayau kat Tawau sebab semua nampak sangat letih dengan perjalanan yang panjang....
Keesokan harinya,awal pagi lagi dah bersedia nak serbu rumah kawan....Kami ke Kunak dengan jarak masa perjalanan lebih kurang 40 minit dari Tawau.Kawan yang nak kahwin ni tak tahu pun kehadiran kami ke Sabah.semua nya pakat buat suprise...sampai je di Ladang Mostyn Kunak terus ke rumah pengantin.pengantin masih lagi bersiap-siap..satu family tu berpakat nak kasi suprise buat pengantin...kami dibawak berjumpa dengan pengantin lelaki dahulu.Pengantin lelaki pun bestfriend kami jugak....terkejut pengantin lelaki bila pandang kami sampai kat Sabah...Almaklum la kami kan dari Sarawak.pengantin lelaki pun dari Sarawak.terharu sampai tak tahu nak kata apa lagi...
kenangan bersama pengantin lelaki sebelum membawa rombongan pengantin lelaki ke rumah perempuan....
ni la rombongan cik kiah dari jauh mai p Kunak...hehehehe
sebenarnya kami ni tangkap muat je terus jadi rombongan lelaki....sebab family lelaki tak ramai jadi minta tolong la dengan geng cik kiah ni.....
kenangan bersama pengantin...tahniah dari kami.....
lepas kekenyangan terasa ingin mencuci mata ke Semporna syurga laut di Sabah.....tak sabar rasanya nak tengok sendiri Semporna..walaupun tak dapat nak ke Pulau-Pulau berhampiran....Pulau Mabul,Pulau Sipadan ,Pulau Kapalai,Pulau Bohey Dulang ,Pulau Bum-bum ,Pulau Mataking ,Pulau Sibuan,lain masa akan aku ke Pulau ini....
dari jeti di Semporna terasa bayu laut yang indah....
belanja sikit gambar di Floating Point Semporna...
kasi upload sikit bah..hehehehe Pusat pelancongan laut semporna....tersangat la terbaik!!!
haritu ada jugak menjelajah ke kawasan Kampung Air...tapi tak ambik gambar....seram jugak org kat situ tengok kami macam nak telan hidup-hidup je..tapi kat Semporna ni respek dgn anak-anak laut...boleh pulak yang umur 7 tahun bawak perahu sendiri-sendiri bawak pulak adik kecil umur 3 tahun main kat tengah laut....kami pulak yang takut...budak-budak tu dah terbiasa dengan kehidupan seperti itu mana nak hiraukan apa-apa....laut tu dah serupa padang permainan bagi mereka....satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan...
dari Semporna kami memulakan perjalanan menuju ke Beluran semula untuk bermalam sebelum keesokan harinya kami balik ke Kota Kinabalu....sempurna perjalanan ke Sabah dari
Kota Kinabalu-- Ranau -- Kundasang - Beluran - Sandakan - Lahad Datu - Tawau - Kunak - Semporna
Sekarang meneruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu.sebelum tu berkesempatan singgah sebentar membeli buah tangan untuk dibawa balik ke Sarawak...
Sabah Tea....jom ekot kite g ke Ladang Sabah Tea... rasa kat Cameron Highland je...
Banyak cik kiah memborong tu....
pegawai penyelidik daun-daun teh...opppsss terlebih pulak...hehehe
dari Garden Tea Sabah ni....kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu...tak boleh lama kat satu tempat nanti takut tak sempat sampai kat Kota Kinabalu sebelum matahari terbenam...nk tengok sunset kat tepi pantai.....
Kali ini kami menyusuri laluan ke Kota Belud.Hari tu kami menggunakan laluan lain...nak ke Kota Belud sambil menziarahi sahabat kat sana....
sampai je Kota Belud....hujan la pulak...tapi ni je sempat ambik gambar sekitar perjalanan ke Kota Belud...yang menarik kat sini kehijauan alam kat sini....
ni lagi satu simbolik Kota Belud....terdapat ny kuda-kuda di sepanjang jalan..kuda ni dah sama macam kucing jalanan pulak...hahahaha kita nak lalu kt jalan tu kuda pun nak lalu....bukan setakat kuda,lembu memang dah mcam dia pulak yang punya jalan...seronok jugak race ng geng kuda ni...hehehehehe
kalau bab lembu kat jalan raya dah rupa kereta je..lembu boleh pulak jalan-jalan dengan kroni ny kt jalan raya...kita nak lalu ni yang penat menunggu lembu ni jalan....sampai satu tahap lembu tiba-tiba melintas jalan terpaksa brek mengejut untuk elak melanggar lembu...dahsyat pekan Kota Belud ni..hehehehe
dari Kota Belud kami ke Kota Kinabalu....
walaupun tak sempat nak tengok sunset kat Kota Kinabalu....menjenguk jugak pantai walaupun dah malam...semata-mata nak makan jagung bakar dan nak makan jeruk asam....sebelum balik ke negeri sendiri esoknya....shopping di pasar malam kampung air....
hari ni hari terakhir kami di Sabah...sebelum balik nak g beli buah tangan di sekitar bandar Kota Kinabalu...sempat membeli belah di Pasar Filipine....sempat makan puding kelapa lagi tu....last point untuk shopping g ke Centre Point Sabah sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu terminal 2.....bye sabah..terima kasih orang sabah atas layanan yang cukup baik dan mesra....
lain hari lain masa kami datang lagi...
Sabah betul-betul menggamit kenangan,...
sampai amsa bersua kembali untuk menjelajah tempat yang tak sempat nak di jelajah.....
welcome to Bumi Kenyalang....Sarawak Tanah Airku.....





































Tiada ulasan:
Catat Ulasan