Selasa, 3 November 2015

ekspedisi bersama warga BSKN Zon Sarawak

Ekspedisi ke Taman Negara Niah....


Welcome .....
teruja tengok sign board ni.....walaupun saya orang Sarawak tapi tak pernah sampai ke Taman Negara Niah ...Nah.....kali ni berpeluang untuk sampai kat Taman Negara Niah yang mempunyai banyak sejarah.....Alhamdulillah diberi kesempatan dan dipilih untuk menjadi pengiring kepada BSKN bagi Kem PLKN Junaco Park dalam program kempen kesedaran bunga raya bunga kebangsaan sempena sambutan bulan kebangsaan 2014 oleh JLKN...Hadiah sebelum berhenti kerja...jelajah ke seluruh Sarawak mula dari Sematan sehingga ke Miri.....Teruja dan sangat seronok.....

ok ...jom jelajah bersama saya...ni last tempat jelajah...TAMAN NEGARA NIAH,MIRI....

Sebelum masuk ke sini...mestilah tahu pasal Sejarah tempat ni....Mr.google ni banyak jugak membantu....jom kita baca sikit2 pasal tempat ni.....

Keistimewaan

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari MiriSarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Taman Negara Gua Niah


Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fosil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.
Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.


walaupun sign board nampak usang tapi yang tu la epik....hehehehehe

dah tahu sejarah kan....saya belanja gambar skit....
sebelum nak jelajah sampai kat dalam tu....baca ni dulu...jarak perjalanan nak ke gua-gua yang ada di sini...

Masih permulaan perjalanan....muka pun nampak fresh je.....
yang ni dh jauh perjalanan....muka pun dh xdpt nk senyum lagi..hehehehe
ok kite belanje pict sepanjang perjalanan pulak....



bila dah sampai ke pintu gua pertama......Seronok sangat2....penat lelah terbayar...
Amboi dia pulak yang terlebih happy....my partner crime..
nak jugak letak gambar kite.....hehehehe 
suasana dalam gua ni....







Sebahagian daripada suasana dalam gua....tapi sebenarnya masih jauh lagi perjalanan perlu ditempuh....tapi kekangan masa dan mengikut arahan pihak atasan perjalanan xdapat diteruskan......next time akan pergi lagi ke sini untuk meneruskan perjalanan yang belum selesai...insya allah.....













Tiada ulasan:

Catat Ulasan